Wednesday, 15 April 2015

SUCI DALAM DEBU - IKLIM



Engkau bagai air yang jernih
  • Itulah diri kita yang sebenar (Ruh)


Di dalam bekas yang berdebu
  • Jasad/Badan yang asalnya di jadikan dari tanah.


Zahirnya kotoran itu terlihat
  • Sifat manusia suka melihat keburukan orang lain


Kesucian terlindung jua
  • Hal-hal yang baik biasanya tak beberapa di pandang dan ambil peduli.


Cinta bukan hanya di mata
  • Cinta bukan dari sudut syariat semata-mata @ solat


Cinta hadir di dalam jiwa
  • Cinta yang mutlak terbit dari hati yang suci dan bersih @ zikrullah


Biarlah salah di mata mereka
  • Mereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat


Biar perbezaan terlihat, antara kita
  • Perbezaan di antara hamba ALLAH dan hamba Dunia


Kuharap engkau kan terima
  • Bermunajat agar di terima Ilahi


Walau di pandang hina
  • Sebagai hamba yang hina


Namun hakikat cinta kita, kita yang rasa
  • Perasaan yang wujud antara hamba dan penciptanya tidak dapat di ungkap dengan kata-kata


Suatu hari nanti, pastikan bercahaya
  • Di alam akhirat


Pintu akan terbuka, kita langkah bersama
  • Bila mendapat syurga bersama mereka-mereka yang berjaya


Di situ kita lihat, bersinarlah hakikat
  • Diri kita yang sebenar.. berseri-seri dan bersinar


Debu jadi permata, hina jadi mulia
  • Roh mereka-mereka yang soleh, yang dihina di dunia menjadi mulia di akhirat


Bukan khayalan, yang aku berikan
  • Kitab Al Quran


Tapi keyakinan yang nyata
  • Kitab yang memberi keyakinan dan cahaya kebenaran.


No comments:

Post a Comment