Pelenturan Gelombang Otak
Pelenturan gelombang otak (brainwave entrainment) adalah teknik bagi merubah, mempengaruhi atau menyeratakan frekuensi gelombang otak untuk menyerupai irama yang datang dari sumber luar. Sumber pelenturan yang paling popular wujud dalam dua bentuk - iaitu bunyian dan visual.
Di MinDec, kami menggunakan tona bunyian atau secara spesifiknya bit binaural bagi mencetuskan penyetaraan gelombang otak ini. Selain daripada bit binaural, tona monoral dan isokronal juga boleh digunakan bagi memberi kesan yang sama.
Innovasi ini menggunakan bentuk gelombang otak semula jadi yang sering dihasilkan ketika tidur. Dengan teknologi perkembangan minda, gelombang otak ini digunakan bagi mempertingkatkan kualiti minda secara semula jadi.
Bit binaural adalah tona ilusi yang tercipta di otak hasil dari pendedahan frekuensi yang berbeza di kedua-dua belah telinga. Sebagai contoh, jika kami mendedahkan pendengar dengan frekuensi 200 Hz di telinga kiri dan 210 Hz di telinga kanan, perbezaan 10 Hz (200 Hz - 210 Hz = 10 Hz) akan terhasil di otak. Penghasilan 10 Hz di dalam otak, bererti minda berada didalam gelombang alfa.
Menggunakan cara pembikinan yang terbukti secara saintifik, MinDec menggubah tona bunyian dari bunyian mentah (noise) yang diadun dengan bunyian lain supaya ianya selesa didengari. Bagi menambah keselesaan, kami menggunakan kitaran gelombang otak ketika tidur sebagai dasar penggubahan frekuensi.
Hasilnya, MinDec mencipta suatu innovasi yang mampu meningkatkan kualiti minda secara semula jadi.
Penggunaan innovasi ini yang kerap membolehkan minda untuk menghasilkan frekuensi tertentu walaupun ketika minda berada didalam keadaan berjaga. Ekoran dari itu, kesan teknologi ini mempertingkatan prestasi minda pengguna ke suatu tahap yang berbeza dengan mereka yang tidak menggunakan teknologi ini.
Bisikan Separa Sedar
Bisikan separa sedar adalah bisikan mesej positif yang disampaikan melangkaui pendengaran kasar. Ini bermaksud mesej tersebut tidak dapat didengari oleh pendengaran biasa. Walaupun begitu minda separa sedar mampu memahami dan menghadamkan mesej bisikan separa sedar. Sebagai contoh mari kita lihat gambarajah di bawah:
Gambarajah 2: Konsep mesej bisikan separa sedar.
Walaupun sebahagian dari teks di atas telah disorokkan, minda mampu memahaminya. Minda sedar hanya melihat bahagian atas teks dan selebihnya ditafsirkan oleh minda separa sedar bagi memahami keseluruhan teks tersebut. Secara konsepsual, begitulah caranya minda separa sedar mentafsirkan bisikan yang telah diselitkan didalam soundtrak kami.
Teknik ini adalah bertujuan bagi melangkaui acuan minda sedar supaya perubahan boleh dilakukan dari dalam minda separa sedar. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang dibesarkan di dalam keluarga atau persekitaran yang tegang selalunya mempunyai persepsi yang negatif terhadap dunia - misalnya dia percaya yang dunia ini mencabar atau merbahaya.
Berakar umbi dari situ, kanak-kanak ini mencipta set corak pemikiran bagi memastikan dirinya di dalam keadaan selamat. Dia mungkin suka menipu dan menyakiti orang lain. Pendek kata, cara pengendalian hidupnya adalah hasil dari bentuk psikologikal yang tegang kerana sejak kecil beliau hanya didedahkan dengan corak psikologikal sedemikian.
Jika kita cuba menyakinkan kanak-kanak ini yang dia tidak perlu menipu, minda sedarnya akan meragui dan menolak cadangan tersebut kerana tiada asas yang relevan di dalam corak pemikirannya. Bisikan separa sedar adalah teknik yang efektif bagi melakukan perubahan dari dalam tanpa gangguan logik minda sedar.
No comments:
Post a Comment