Gelombang Otak Ditafsir dengan Mesin Elektroensefalografi (EEG)
Video diatas menayangkan perubahan gelombang otak melalui teknik lenturan gelombang ("brainwave entrainment") dari soundtrack kami.
Diawal video tersebut minda berada didalam keadaan berjaga. Gelombang delta yang terhasil dalam keadaan ini menunjukkan tindakan sistem saraf autonomik yang berfungsi secara separa sedar. Dalam erti-kata yang lain, individu ini menjalani kehidupan secara "auto-pilot" (tanpa berjaga didalam kesedarannya). Walaupun begitu, keadaan ini berubah setelah dia didedahkan dengan soundtrak kami. Mindanya menjadi tenang dengan terhasilnya gelombang alfa.

Aktiviti Otak
Gambarajah skan SPECT di atas menunjukan perbezaan aktiviti otak sebelum dan selepas sessi perkembangan minda dengan menggunakan salah satu dari soundtrak kami. Katakan aktiviti otak yang maksimum ialah 100 peratus, matriks biru menunjukkan kawasan yang 55% aktif. Kawasan merah pula menunjukkan struktur dalaman otak yang mempunyai aktiviti tinggi.
Sebelum mendengar teknologi ini, pemprosesan minda tidak teratur menyebabkan kita merasa tidak tenang dalam kehidupan harian. Disamping itu, aktiviti di hemisfera kiri dan kanan juga tidak seimbang. Berbeza dengan selepas mendengar, minda merasa lebih tenang dan aktiviti otak di hemisfera kiri dan kanan seimbang. Keseimbangan ini adalah apa yang dipanggil "fungsian seluruh otak" atau "whole brain functioning".
Fungsian Seluruh Otak
Gambarajah MindMirror di atas menunjukan perbezaan keseimbangan aktiviti otak kiri dan kanan bagi individu normal dalam keadaan berjaga dan individu yang telah lama mengamalkan teknologi perkembangan minda. Jujukan nombor di sebelah kiri setiap bahagian melambangkan bentuk gelombang dalam unit Hertz (Hz).
Di dalam bahagian Individu Normal, dua graf hijau melambangkan aktiviti dua hemisfera otak. Perhatikan ketidak-seimbangan aktiviti di hemisfera kiri dan kanan. Bagi individu yang telah lama mengamalkan teknologi ini, walaupun didalam keadaan berjaga minda boleh menghasilkan keseimbangan di hemisfera kiri dan kanan. Ini menunjukkan individu ini menjalani kehidupan yang harmoni secara emosional, mental dan spiritual.
Ketenangan
Gambarajah EEG di atas menunjukkan gelombang otak yang terhasil ketika mendengar teknologi perkembangan minda. Ketika ini, minda menghasilkan gelombang theta dan delta. Dalam keadaan ini, anda berada di dunia separa sedar.
Kesedaran Normal
Fungsian Seluruh Otak
Gambarajah MindMirror di atas menunjukan perbezaan keseimbangan aktiviti otak kiri dan kanan bagi individu normal dalam keadaan berjaga dan individu yang telah lama mengamalkan teknologi perkembangan minda. Jujukan nombor di sebelah kiri setiap bahagian melambangkan bentuk gelombang dalam unit Hertz (Hz).
Di dalam bahagian Individu Normal, dua graf hijau melambangkan aktiviti dua hemisfera otak. Perhatikan ketidak-seimbangan aktiviti di hemisfera kiri dan kanan. Bagi individu yang telah lama mengamalkan teknologi ini, walaupun didalam keadaan berjaga minda boleh menghasilkan keseimbangan di hemisfera kiri dan kanan. Ini menunjukkan individu ini menjalani kehidupan yang harmoni secara emosional, mental dan spiritual.
Ketenangan
Gambarajah EEG di atas menunjukkan gelombang otak yang terhasil ketika minda berada didalam keadaan relaks dan tumpuan terarah kedalam diri. Sedikit gelombang beta yang terhasil secara perlahan hilang dan minda seterusnya dibawa ke gelombang alfa. Aktiviti dalam gelombang delta menunjukkan perubahan tindakan sistem saraf autonomik separa sedar semakin tenang.
Meditatif
Kesedaran Normal
Gambarajah EEG di atas menunjukkan gelombang otak yang terhasil dari individu normal didalam keadaan berjaga. Perhatikan kesibukan gelombang dikedua-dua hemisfera otak. Gelombang delta yang tinggi menunjukkan tindakan sistem saraf autonomik separa sedar.
Keadaan Stres
Gambarajah EEG di atas menunjukkan gelombang otak yang terhasil dari individu normal didalam keadaan stres. Ketika individu ini didalam ketegangan, aktiviti otak meningkat secara drastik. Perhatikan gelombang beta yang memuncak. Gelombang teta dan delta yang melambung pula adalah reaksi sistem saraf autonomik separa sedar di dalam mengimbangi aktiviti fizikal. Hormon stres dirembes dalam saat ini dan ianya membawa kesan negatif kepada mental, emosional dan fizikal.

No comments:
Post a Comment