Friday, 24 April 2015

BAGAIMANA TEKNOLOGI KAMI DIUJI


Teknologi ini diuji sejak akhir Disember 2012 oleh sekumpulan saintis dari Fakulti Bio-Sains dan Kejuruteraan Medikal, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai Johor. Jumlah keseluruhan ahli yang menguji teknologi ini adalah 8 orang diketuai oleh Prof. Dr. -Ing. Eko Supriyanto, Ketua Kumpulan Kajian Diagnostik (Neurosains dan Pencegahan Awal) yang juga merupakan Pengarah Pusat Kejuruteraan Kardiovaskular IJN-UTM. Setiap orang dalam kumpulan ini mempunyai peranan masing-masing.

Kajian Teknologi Minda Pintar dibahagikan kepada 2 bahagian: Ujian Makmal (“Lab Test”) dan Ujian Lapangan (“Field Test”). Kajian ini melibatkan 25 orang yang terdiri dari pelbagai peringkat umur (kanak-kanak, remaja dan dewasa) sebagai kumpulan yang diuji.

Ujian makmal bertujuan mendapatkan data saintifik (dari mesin EEG) tentang aktiviti gelombang otak, dengan menggunakan dan tanpa menggunakan Teknologi Minda Pintar. Ujian Lapangan pula (di kelas tanpa mesin EEG) bertujuan melihat bagaimana teknologi ini memberi kesan keatas pencapaian pendidikan pelajar dalam dunia sebenar.
Melalui pengiktirafan bertulis oleh UTM, berikut adalah sinopsis hasil ujian keatas Teknologi Minda Pintar:


Hasil Ujian Makmal


Kebolehan melentur gelombang otak bagi mewujudkan keadaan minda yang ideal untuk belajar.
Memfasilitasikan dan memudahkan proses pembelajaran.
Membantu pembentukan memori jangka panjang.
Menenangkan minda dan tubuh.
Mengurangkan stres.
Meningkatkan relaksasi dan konsentrasi.
Selamat digunakan oleh semua lapisan pelajar.

Di makmal, ujian dilakukan keatas kedua-dua soundtrak (Alfa dan Theta) kami secara berperingkat selama lebih dari 2 bulan. 2 mesin EEG yang serba canggih digunakan dalam ujian ini. Secara asasnya, ujian keatas setiap soundtrak dibahagikan kepada dua peringkat lagi:
  1. Dengan Teknologi Minda Pintar dan
  2. Tanpa Teknologi Minda Pintar.
Dalam setiap peringkat, ujian dilakukan dalam beberapa sessi (selama 30 minit setiap sessi) untuk setiap individu yang diuji. Dalam setiap sessi, sebanyak lapan minit data yang direkod. (Untuk makluman pembaca, beratus-ratus maklumat boleh dihuraikan hanya dari satu minit rakaman EEG). Lapan minit data ini dibahagikan kepada:
  1. 5 minit sebelum ujikaji: 1 minit direkodkan.
  2. Minit Ke-5 (tanpa & dengan Teknologi Minda Pintar): 1 minit direkodkan.
  3. Minit Ke-10 (tanpa & dengan Teknologi Minda Pintar): 1 minit direkodkan.
  4. Minit Ke-15 (tanpa & dengan Teknologi Minda Pintar): 1 minit direkodkan.
  5. Minit Ke-20 (tanpa & dengan Teknologi Minda Pintar): 1 minit direkodkan.
  6. Minit Ke-25 (tanpa & dengan Teknologi Minda Pintar): 1 minit direkodkan.
  7. Minit Ke-30 (tanpa & dengan Teknologi Minda Pintar): 1 minit direkodkan.
  8. 5 minit selepas ujikaji: 1 minit direkodkan.
Kompleks bukan? Kami di MinDec amat benar teruja dengan semangat, profesionalisme, ketelitian dan etika kumpulan pengkaji dari Universiti ini dalam melaksanakan kajian saintifik mereka.


Hasil Ujian Lapangan

Peningkatan pencapaian pelajar yang ketara.
Teknik menerima informasi yang sistematik meningkatkan keupayaan hafalan yang ketara.
Menenang dan menceriakan proses pembelajaran.
Mengurangkan stres.
Meningkatkan relaksasi dan konsentrasi.

Ujian lapangan dijalankan selama lebih kurang 3 bulan, dimana semua individu dalam ujian ini dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan yang pertama adalah apa yang dipanggil sebagai “Control Group”, dimana mereka diajar dengan teknik pembelajaran konvensional (tanpa Teknologi Minda Pintar). Kumpulan yang kedua pula ialah “Experimental Group”; Kumpulan ini diajar dan dilatih, langkah demi langkah, dengan menggunakan Teknologi Minda Pintar.
Untuk memastikan hasil ujikaji yang tepat, tiga peringkat ujian dilakukan keatas setiap kumpulan, iaitu:
  1. Pra-Ujian:
    Ujian ini adalah bertujuan memastikan pencapaian mereka sebelum penggunaan Teknologi Minda Pintar. Disamping itu, latar-belakang pelajar juga diambil pada peringkat ini. Selepas latar-belakang pelajar dikumpul, mereka diberikan satu set informasi yang mengandungi 50 data dimana mereka perlu ingat dalam masa 3 minit. Hasil dari kajian ini menunjukkan pencapaian yang berbeza-beza oleh setiap individu dalam kedua-dua kumpulan.


  2. Ujian Pertengahan:
    Peringkat ini adalah merupakan “surpise test” yang dilakukan dalam tempoh semasa ujikaji dijalankan. Pelajar diberi set informasi yang mengandungi 50 data yang berbeza dari set sebelumnya. Kumpulan “Control Group” tidak menunjukkan apa-apa perkembangan dalam peringkat ini, manakala “Experimental Group” menunjukkan sedikit kemajuan dalam kemampuan pelajar untuk mengingat mata pelajaran. Dalam “Experimental Group” juga, pelajar diperhatikan lebih tenang dan ceria dalam proses pembelajaran.


  3. Pasca-Ujian:
    Pasca Ujian adalah ujian penentuan pencapaian semua individu dalam kedua-dua kumpulan. Setelah lebih kurang 3 bulan, perbezaan yang ketara dapat dilihat pada “Experimental Group”; Menurut salah seorang ahli ujikaji, murid-murid dalam “Experimental Group” sentiasa ternanti-nanti untuk menghadiri kelas Teknologi Minda Pintar. Mesikpun pencapaian berbeza pada setiap individu, semua ahli kelas “Experimental Group” menjadi lebih ceria, peka dan kemampuan memori mereka meningkat secara sangat ketara. “Control Group” pula tidak menunjukkan perbezaan ketara bedasarkan Pra-Ujian dan Pasca-Ujian.

No comments:

Post a Comment