Perkataan "minda separa sedar" hanyalah merupakan satu istilah sains moden bagi menyatakan sesuatu yang misteri dan melangkaui corak pemikiran manusia yang terbatas. Minda separa sedar menjanakan pelbagai fungsian didalam kehidupan kita dari aspek mental, emosional, fizikal, dan spiritual.
Akal
manusia mempunyai dua aspek yang saling bekerja bagi menjanakan kehidupan kita
sehari-hari. Dua aspek ini adalah minda sedar dan separa sedar.
Minda sedar.
Minda sedar.
Minda sedar adalah minda yang berfungsi dalam dunia fizikal. Dari saat kita celik dipagi hari hinggalah kedetik kita tidur semula, minda sedar memainkan peranan yang besar bagi kita menjalani kehidupan sebagai manusia. Dengan kewujudan minda sedar kita boleh berfikir secara rasional dan logikal. Walaupun peranan yang dimainkan oleh minda sedar adalah besar, ramai pakar menggangarkan kita hanya menggunakan antara 8% ke 12% dari keseluruhan akal. Baki dari keseluruhan akal itu (iaitu antara 92% ke 88%) adalah minda separa sedar.
Minda
separa sedar.
Minda separa sedar menjanakan pelbagai fungsian dalam kewujudan kita sebagai manusia. Tanpa memerlukan bantuan minda sedar yang terbatas kepada dunia rasional dan logikal, minda separa sedar mengaturkan setiap degup jantung dan nadi dengan tepat serta berkesesuaian dengan keadaan tubuh dan keadaan sekeliling kita. Minda separa sedar juga membantu tubuh kita menghasilkan sel baru, mencernakan makanan, mengatur pernafasan, menjanakan penghasilan peluh dan sebahagainya. Semua ini adalah contoh dari hanya satu aspek fungsian minda separa sedar dalam konteks fizikal manusia.
Minda separa sedar menjanakan pelbagai fungsian dalam kewujudan kita sebagai manusia. Tanpa memerlukan bantuan minda sedar yang terbatas kepada dunia rasional dan logikal, minda separa sedar mengaturkan setiap degup jantung dan nadi dengan tepat serta berkesesuaian dengan keadaan tubuh dan keadaan sekeliling kita. Minda separa sedar juga membantu tubuh kita menghasilkan sel baru, mencernakan makanan, mengatur pernafasan, menjanakan penghasilan peluh dan sebahagainya. Semua ini adalah contoh dari hanya satu aspek fungsian minda separa sedar dalam konteks fizikal manusia.
Dalam
konteks mental dan emosional pula, minda separa sedar berfungsi seolah-olah
seperti "pengkalan data" yang menyimpan memori kita, menjana bentuk
emosi dan corak psikologikal. Minda separa sedar juga bertindak sebagai
pencetus idea dan aspirasi kita.
Dari
aspek spiritual atau rohaniah pula, minda separa sedar adalah pintu kesuatu
bentuk tahap kesedaran psiko-spiritual yang digelar sebagai "kesedaran
super" atau "super consciousness". Didalam bidang
analitikal psikologi, tahap kesedaran ini boleh dikaitkan dengan apa yang
digelar sebagai "individuasi" (atau "individuation").
Tahap kesedaran super adalah tingkat dimana seseorang merasai keluasan rohani,
menikmati pemahaman hubungkait antara semua makhluk serta mempunyai naluri
kasihan-belas yang dalam.
Tanpa
memerlukan bantuan minda sedar yang terbatas kepada dunia rasional dan logikal,
minda separa sedar mengaturkan setiap degup jantung dan nadi dengan tepat serta
berkesesuaian dengan keadaan tubuh dan keadaan sekeliling kita... Semua ini
adalah contoh dari hanya satu aspek fungsian minda separa sedar dalam konteks
fizikal manusia.
Bagi
memudahkan pemahaman, cuba kita lihat dalam diri kita ada dua jenis individu
dengan dua bentuk kesedaran:
•
Individu minda sedar:
Dia mempunyai nama, berpersonaliti dan mempunyai pelbagai jenis sikap. Insan ini melihat dirinya sebagai satu individu yang kerdil, terasing dari individu lain dan terbatas pada dunia 4 dimensi (3 dimensi tempat dan 1 dimensi masa). Individu ini juga terikat di dalam dunia dualiti - dunia yang berkonsepkan baik dan buruk, miskin dan kaya, hidup dan mati, gembira dan sedih.
•
Individu minda separa sedar:
Individu ini tidak mempunyai nama dan tidak berpesonaliti. Dia tidak terbatas pada dunia 4 dimensi dan dari situ dia tidak mendefinisikan dirinya sebagai satu individu yang terasing dari semua makhluk. Dalam erti kata yang lain, tahap kesedarannya membolehkan dia mentafsir dirinya sebahagai sebahagian dari dunia sekelilingnya. Individu ini melihat dunia dualiti seperti sekeping duit syiling - baik dan buruk, gembira dan sedih, hidup dan mati adalah permukaan yang berbeza pada syiling yang sama. Permukaan yang satu tidak boleh wujud tanpa permukaan yang satu lagi.
No comments:
Post a Comment