Setiap aktiviti yang berlaku pada otak wujud didalam bentuk tenaga elektromagnetik. Getaran elektromagnetik ini diukur dan ditafsirkan kedalam bentuk frekuensi. Dari frekuensi itu, getaran dibaca dalam bentuk gelombang yang terhasil dari otak. Terdapat 5 jenis bentuk gelombang otak - beta, alfa, thetha, delta dan gamma (lihat gambarajah 2).
Kelima-lima gelombang otak ini adalah refleksi tahap kesedaran kita.
Sebagai contoh, ketika otak sedang aktif menjalani kehidupan harian, gelombang beta biasanya yang paling dominan antara semua gelombang tadi. Ini bererti ketika kita menjadi insan minda sedar, beta adalah gelombang yang paling banyak terhasil dalam otak.
Sebagai contoh, ketika otak sedang aktif menjalani kehidupan harian, gelombang beta biasanya yang paling dominan antara semua gelombang tadi. Ini bererti ketika kita menjadi insan minda sedar, beta adalah gelombang yang paling banyak terhasil dalam otak.
Gelombang alfa pula adalah gelombang transisi dari minda sedar ke separa sedar. Perubahan kesedaran dari beta ke alfa menenangkan kita. Alfa adalah getaran yang lebih perlahan dari beta.
Jika getaran ini diperlahankan lagi, kita akan berada digelombang theta. Gelombang theta adalah gelombang di pintu masuk minda separa sedar dimana kita bermimpi ketika tidur. Gelombang ini mencetuskan beberapa neuro-kimikal yang penting bagi memori, kreativiti dan pengalaman integratif.
Lebih perlahan dari theta ialah gelombang delta. Gelombang ini selalunya terhasil ketika tidur tanpa mimpi. Keadaan tidur tanpa mimpi adalah tahap separa sedar yang dalam. Tubuh memperbaiki dirinya ketika minda berada di tahap ini.
Gelombang gamma pula adalah gelombang yang membenarkan komunikasi diantara bahagian-bahagian otak. Gelombang ini kecil dan sangat laju. Meskipun ada pakar yang menganggap gelombang ini sebagai gelombang tinggi beta, kesannya terhadap emosi adalah positif. Bagi mereka yang telah lama menggunakan teknologi perkembangan minda, gelombang ini adalah lebih banyak dari mereka yang tidak pernah menggunakannya. Saintis percaya penghasilan gelombang gamma secara ideal membuatkan kita lebih fokus, tinggi I.Q, mempunyai kesedaran keesaan Tuhan dan naluri kasihan belas yang tinggi.
No comments:
Post a Comment