Tenaga elektromagnetik pada diri kita mengandungi informasi yang membenarkan otak dan tubuh berfungsi. Getaran elektromagnetik ini pada otak ditafsirkan didalam bentuk gelombang beta, alfa, theta, delta dan gamma. Setiap bentuk gelombang itu adalah refleksi tahap kesedaran manusia. Fikiran sedar adalah aktif hanya ketika bentuk gelombang otak berada di dalam keadaan beta. Potensi manusia yang terkunci didalam minda separa sedar hanya boleh diakses ketika minda berada didalam bentuk gelombang alfa, theta dan delta.
Sebelum kita bincangkan tentang bentuk gelombang otak, mari kita mendapatkan gambaran kasar tentang lokasi pusat minda sedar dan separa sedar.
Minda Sedar.
Berdasarkan gambarajah di atas, kawasan kuning yang merupakan sebahagian besar dari otak adalah pusat bagi minda sedar. Setiap kali kita berfikir, setiap bentuk tindakkan dan perasaan yang kita miliki membentuk neuron dan rangkaianya di kawasan ini. Rutin kehidupan, attitud, pengalaman pancaindera, emosi yang kita rasa, kebolehan mengadili setiap benda, habit yang kita amalkan (dan semua aspek diri kita) pada setiap saat adalah semata-mata pengaturcaraan neuro-kimia yang berkomunikasi di dalam otak melalui rangkaian neuron atau neuronet di kawasan kuning ini.
Ini bermaksud, neuro-kimikal dalam rangkaian neuron minda sedar adalah acuan personaliti diri kita yang dikenali selama ini. Personaliti ini bertugas seperti pengawal yang mengadili dan mengkelasifikasikan semua pengalaman dari dunia luar untuk proses selanjutnya dalam otak.
Minda separa sedar.
Pusat bagi minda separa sedar dikatakan terletak di serebelum. Walaupun serebelum merupakan bahagian yang kecil terletak di belakang bawah otak, kandungan selnya melangkaui jumlah yang terletak di pusat minda sedar. Sel granul yang berada di dalam serebelum dianggarkan sebanyak 50 bilion dan sekali gus menjadikan 3/4 dari sel otak adalah sel granul serebelum.
Ada juga yang mengatakan jika kita mengguris serebelum dengan hujung kuku kita dan meletakkannya di bawah mikroskop, kita akan mendapati jumlah sel di hujung kuku itu melebihi jumlah sel yang terdapat di seluruh kawasan pusat minda sedar.
Ringkasnya, meskipun pusat minda sedar pada otak lebih luas dari pusat minda separa sedar, ia hanya melakukan 10 peratus tugas yang mampu dilaksanakan oleh minda separa sedar. Selepas minda sedar mengadili input dari pancaindera, informasi itu dihantar ke minda separa sedar. Minda separa sedar tidak mengadili apa-apa input. Tugasnya hanyalah melaksanakan arahan mengikut acuan neuronet minda sedar.
No comments:
Post a Comment